Fikih Singkat Puasa
HAL-HAL YANG MENGHILANGKAN PAHALA PUASA
1. Berdusta
2. Ghibah
3. Ado domba
4. Sumpah palsu
5. Memandang seseorang dengan nafsu sahwat
6. Mengeluarkan kata kata keji, cacian maki
GOLONGAN YANG WAJIB QADA' PUASA:
1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara² yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar dan dahaga
MEREKA YANG DIKENAKAN MEMBAYAR FIDYAH PUASA:
1. Mereka yang tidak dapat mngqada'kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua - (fidyahnya : 1½ liter beras untuk setiap hari yang di tinggalkan di samping mengqada' puasa) bagi setahun tertinggal..
Kalau tidak di qada' sehingga melampaui 2 tahun maka di kenakan 3 liter tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (fidyahnya: di buat oleh kerabat si mati/di ambil daripada harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah 1½ liter beras bagi setiap hari yang di tinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada' puasanya
KIFARAT BERSETUBUH DI BULAN RAMADHAN:
Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :-
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin l/p
(sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin
Walau bagaimana pun, jika persetubuhan itu di lakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/di paksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat
TINGKATAN PUASA:
1. Puasa umum - sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
2. Puasa khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa khusus al-khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati dari semua keinginan lahir dan batin.